-->

Sabtu, 11 November 2023



Gambaran Tentang Neraka

Diriwayatkan dan Rasulullah S.A.W, bahawasanya baginda bertanya kepada Malaikat Jibril A.S :

"Adakah sama antara pintu neraka dengan pintu kita ini?" Malaikat Jibril A.S menjawab, "Tidak, akan tetapi ia tertutup antara satu pintu yang paling bawah dengan pintu yang lain. Jarak antara yang satu dengan lainnya adalah seperti perjalanan tujuh ratus tahun. Setiap pintu lebih panas daripada pintu lain di sekelilingnya dengan perbandingan tujuh puluh kali.

Lalu, Rasulullah S.A.W bertanya,"Siapakah penghuni pintu tersebut?" Malaikat Jibril A.S menjawab,

"Adapun pintu yang paling bawahdi dalamnya terdapat golongan orang munafik, orang kafir pada hidangan (dan langit) pada masa Nabi Isa A.S dan keluarga Firaun, dan pintu tersebut bernama Hawiyah.

Pintu kedua adalah untuk orang musyrik (menyekutukan Allah dengan sesuatu), namanya adalah Jahim.

Pintu ketiga adalah untuk orang yang menyembah berhala, namanya adalah Saqar.

Pintu keempat adalah untuk iblis dan pengikutnya serta orang Majusi (golongan penyembah api), dan namanya adalah Lazha.

Pintu kelima untuk orang Yahudi, namanya Huthamah.

Sedangkan pintu keenam untuk orang Nasrani, namanya Sya'ir. Lalu terdiamlah Malaikat Jibril A.S Lantas Rasulullah S.A.W bertanya,"Wahai Jibril, mengapa tidak kamu memberitahu padaku tentang pintu ketujuh?"

Malaikat Jibril menjawab, "Wahai Muhammad, adakah kamu jua bertanya tentang pintu itu?" "Ya",jawab Nabi. Kemudian Malaikat Jibril berkata, "Wahai Muhammad, ia diperuntukkan bagi orang yang melakukan dosa besar dari umatmu, yang mati sebelum bertaubat." Tersungkurlah Nabi S.A.W dalam keadaan pengsan kerana mendengarnya. Ketika sedar, Nabi bersabda, "Wahai Jibril, sungguh besar musibah yang menimpaku dan aku sangat bimbang. Adakah di kalangan umatku yang akan masuk neraka?"Malaikat Jibril menjawab: "Ya, iaitu umatmu yang melakukan dosa besar." Menangislah Rasulullah S.A.W dan menangis pula Malaikat Jibril disebabkannya.

Kemudian Rasulullah S.A.W bertanya, "Wahai Jibril, mengapa kamu turut menangis, padahal kamu adalah malaikat yang dipercayai?" Malaikat Jibril menjawab, "Aku bimbang jika sekiranya aku diuji sebagaimana ujian yang diberikan kepada Harut dan Marut. Itulah yang menyebabkan aku menangis. Allah S.W.T pun berfirman:

"Wahai Jibril, wahai Muhammad, sesungguhnya Aku jauhkan kamu berdua dari api neraka. Akan tetapi, janganlah kamu semua merasa selamat dan seksa-Ku."



Baca Artikel Terkait: