Gambaran Tentang Syurga

Ibnu Abbas r.a. berkata: 

"Bahawasanya syurga itu mempunyai lapan pintu dan emas yang dihiasi dengan berbagai permata. Pada pintu pertama tertulis kalimat: "La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah." Itulah pintu untuk para nabi, rasul, syuhada dan orang dermawan. 

Pintu kedua diperuntukkan bagi orang yang menunaikan solat, menyempurnakan wuduk dan rukun solat. 

Pintu ketiga untuk orang mengeluarkan zakat dengan kerelaannya sendiri (hati yang bersih). 

Pintu keempat untuk orang yang memerintahkan kebaikan dan menjauhi perbuatan mungkar. 

Pintu kelima untuk orang yang memelihara syahwat mereka dari mencegah dan nafsu yang buruk. 

Pintu keenam untuk orang yang menunaikan haji dan umrah. 

Pintu ketujuh untuk orang yang berjihad. 

Pintu kelapan untuk orang bertakwa, iaitu orang yang memejamkan pandangan mereka dari perbuatan dan sesuatu yang haram, melakukan kebaikan, berakhlak mulia pada kedua ibu bapa, menyambung tali silaturrahim (kasih sayang) dan sebagainya." 

Adapun orang yang berpuasa dengan penuh iman dan kerana Allah, bagi mereka disediakan pintu masuk khusus yang dinamakan "ar-Rayyan" .

0 Response to "Gambaran Tentang Syurga"

Posting Komentar